Hentikan Anai-Anai: Elakkan Mereka Membiak Dekat Rumah Anda

Imej
Anai-anai adalah perosak yang tidak kelihatan tetapi menyebabkan kerosakan bernilai berbilion dolar setiap tahun. Walaupun anda mungkin tidak melihat mereka bekerja, rumah anda mungkin menjadi sasaran mereka seterusnya. Namun, pencegahan anai-anai adalah sesuatu yang dapat anda kendalikan. Dengan mengambil beberapa langkah mudah sekarang, anda boleh mengelakkan tekanan dan beban kewangan akibat serangan anai-anai di kemudian hari. Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan anai-anai daripada berkembang biak dekat rumah anda. 1. Kawal Kelembapan: Anai-Anai Suka Air Anai-anai berkembang dengan baik di persekitaran lembap kerana kayu basah adalah sumber makanan utama mereka. Menjaga rumah anda kering adalah salah satu cara terbaik untuk menghalang perosak ini daripada menetap. Betulkan Kebocoran Dengan Segera: Tiada Air Untuk Perosak Periksa paip, atap, dan asas rumah anda secara berkala untuk memastikan tiada kebocoran. Seba...

Pijat - Serangga Yang Menyerang Katil & Tilam

Kita mungkin kurang sedar bahawa ada sejenis serangga yang mungkin sedang bersembunyi dicelah-celah tilam dan bantal dikatil kita itu adalah pijat.

Pada mulanya mereka hanya bersembunyi dibeberapa lipatan tilam disudut-sudut dan sebahagianya juga masih tersembunyi dibahagian selimut dan bantal.

Serangga Pijat

Serangga jenis Pijat

Mereka akan terus membiak dan beranak pinak serta menyerang anda atau sesiapa sahaja yang tidur ditilam itu yang merupakan tempat utama pembiakan serangga ini mula membiak.

Oleh kerana pijat dapat membiak dan hidup dengan makanan yang ada, mereka akan terus kekal sampai bila-bila dibilik dan seterusnya akan merebak kebahagian lain tanpa dijangka.

Mungkin juga bilik-bilik tidur yang berhampiran juga akan terdedah dengan serangan pijat. Ancaman yang lagi besar akan terus berlaku sehingga keadaan menjadi terlalu serius dan sukar dikawal sekiranya ia terus dibiarkan.

Bagaimana Ia Boleh Membiak & Merebak?

Bayangkan jika sekor pijat mampu bertelur sebayak 200 dalam masa 1 hari maka jika dikira selama sebulan akan menjadi 6000 telur. Itu jika dikira hanya seekor sahaja pijat yang bertelur. 

Pijat

Telur dan Tempat Persembunyian Pijat

Bayangkan jika ada beratus-ratus ekor yang bersembunyi dididalam bilik sudah tentu bilik tidur anda akan menjadi lebih parah.

Jika itu berlaku. Ia mungkin akan menjadi lebih dan merebak sehinggakan kedalam almari dan seterusnya jangkitan ke tempat dimana pakaian kita disimpan juga terdedah dengan risiko persembunyian dan pembiakan pijat.

Apakah Cara Untuk Atasi Masalah Ancaman Pijat?

Sebelum ini saya ada memberikan tips dan cara mengawal pijat pada post sebelumnya. Anda boleh rujuk semula pada Post yang bertajuk Cara Hapuskan Pijat + Petua + Tanpa Racun + Racun. Atau anda boleh baca info lain mengenai serangga pijat yang saya tulis dengan tajuk Awas!! Serangga Yang Menghisap Darah Haiwan & Manusia di blog ini.

Cara Lain Yang Dapat membatu Anda ialah...

Hubungi syarikat Pest Control yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Biarkan mereka uruskan kerja-kerja pengawalan serangga perosak. Mereka lebih arif dengan kerja-kerja mengawal serangga perosak.

Anda boleh menghubungi saya (Asmid) jika premis dan kediaman anda di Johor Bahru. Hubungi saya ditalian 016-758 3483 untuk perkhidmatan mengawal serangga perosak khususnya serangga pijat.

Sebarang pertanyaan boleh juga emelkan ke alamat emel: termitecontrol99@yahoo.com.my