Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan cara serta teknik dalam sistem kawalan anai-anai.
Tapi ada satu kaedah lain yang kurang atau jarang dilakukan oleh kebanyakan syarikat Pest Control di Malaysia ialah teknik kawalan anai-anai dengan Buih Premise.
Rawatan Setempat - Racun Anai-Anai Premise Foam
Mungkin ini disebabkan produk ini agak sukar diperolehi disini maka sistem kawalan anai-anai dengan Buih Premise atau Premise Foam agak kurang popular.
Di negara-negara luar seperti Australia dan Amerika kaedah rawatan anai-anai dengan racun buih adalah amat popular.
Kelebihan dan Keistimewaan Racun Buih Premise
Tahukah anda apakah kelebihan yang terdapat pada sistem kawalan atau rawatan pencegahan anai-anai dengan Premise Foam.
Teknik rawatan dalam sistem kawalan anai-anai dengan menggunakan Premise Foam ini memiliki kelebihan yang banyak.
Di antara kelebihan yang kita nampak disini ialah setiap suntikan racun buih untuk menghapuskan anai-anai lebih berkesan daripada teknik atau kaedah semburan.
Kaedah yang biasa digunakan untuk membunuh anai-anai yang biasa digunakan di negara ini ialah semburan bahan beracun kepada struktur kayu yang hanya menyentuh dibahagian luaran sahaja.
Ia tidak memasuki kedalam sasaran pada bahagian kayu yang dirawat.
Tidak seperti teknik dan rawatan penghapus anai-anai dengan buih premise.
Setiap suntikan racun buih yang disuntik ke dalam setiap lubang akan memasuki terus ke tempat sasaran. Contoh perabut kayu yang diserang anai-anai terdapat banyak lubang-lubang yang reput dan terowong lupur didalam kayu.
Biasanya anai-anai bersembunyi didalam lubang-lubang yang terdapat didalam terowong lumpur yang berada didalam struktur kayu yang rosak dimakan anai-anai. Contoh Racun Anai-Anai - Premise Foam
Buih beracun yang disuntik akan memasuki keseluruh ruang kosong sekali gus mengena sasaran dengan tepat.
Saya percaya dan yakin kaedah seperti ini lebih berkesan dan jaminan 100% semua anai-anai akan dapat dihapuskan walaupun dimana ia bersembunyi.
Fungsi Racun Premise Foam
Racun premise Foam yang mengena sasaran akan bertindak sebagai pembunuh anai-anai secara senyap dan perlahan-lahan anai-anai yang terkena dengan premise buih akan berjangkit diantara satu sama lain.
Dengan cara ini semua anai-anai yang melalui kawasan yang disuntik dengan Premise Foam juga tidak telepas dari terkena bahan racun tersebut.
Anai-anai yang terkena racun mati secara perlahan dan akhirnya semua akan mati sehingga sarang anai-anai yang terletak berhampiran premise kediaman kita akan musnah.
Bahan aktif yang terdapat dalam kandungan adalah Imadicloprid. Racun yang ringan tidak terlalu merbahaya kepada haiwan dan manusia. Selamat dan berkesan untuk membunuh keseluruhan koloni anai-anai.