Inilah ubat anai-anai yang diperlukan dalam rawatan pencegahan serangga perosak. Tanah merupakan tapak rumah. Jika dibawah tapak rumah ada sarangnya maka ia juga akan menjadi masalah kepada struktur rumah.
Masalah besar boleh berlaku kepada rumah anda jika anai-anai mula membiak. Jika ia dibiarkan kerosakan dan kerugian pasti berlaku. Ini pasti akan mengecewakan anda.
Untuk itu masalah ini perlu diselesaikan dengan seberapa segara supaya dapat menyelamatkan harta-benda dari dimakan anai-anai. Jadi tapak rumah anda perlukan rawatan untuk bebas dari serangan serangga perosak ini.
Tahukan anda pembiakan anai-anai begitu cepat. Ia dapat menghasilkan berjuta-juta telur dalam masa yang singkat. Tanpa sedar hari berganti hari, minggu berganti minggu dan akhirnya serangan anai-anai pun berlaku tanpa diketahui.
Itu adalah tanda awal rumah anda sudah mula diserang. Pada ketika itu koloni anai-anai sudah membesar dan mula aktif dan pembiakannya tidak dapat dihalang walaupun dengan menyembur racun serangga.
Maka rawatan ubat diperlukan untuk merawat tapak tanah yang bermasalah dengan anai-anai. Rawatan ini akan menghapuskan seluruh koloni anai-anai didalam sarangnya didalam tanah ditapak rumah anda.
Apakah Jenis Ubat Anai-Anai Dalam Rawatan Tapak Rumah
Ubat ini adalah sejenis bahan kimia yang bertindak sebagai racun (Pesticide) yang membunuh anai-anai secara senyap. Ubat ini haruslah ditanam ke dalam tanah dibawah tapak rumah.
Cara tanam ubat ini haruslah mengunakan peralatan khas seperti mesin penebuk lantai, alat suntikan untuk menyuntik bahan-bahan ke dalam lubang yang dibuat dipermukaan tapak rumah.
Ada pelbagai jenis ubat dan pelbagai jenama yang boleh dipilih untuk membuat rawatan pemulihan tanah yang mengalami masalah anai-anai.
Jenis ubat yang digunakan dalam rawatan ini adalah dari cecair (liquid) pekatan yang dibancuh atau dilarutkan ke dalam air bersih sebelum ia ditanam ke dalam tanah.
Dalam rawatan tapak rumah ia terbahagi kepada dua cara:
1. Semburan Ubat ke Tapak Rumah
Sembur pada pemukaaan tanah yang belum disimen untuk rumah yang baru nak bina. Biasanya baru dalam pra-pembinaan. Kemudian lantai perlu disimen dengan segera untuk memastikan ia tidak terkena hujan. Ubat yang berada dibawah permukaan lantai akan kekal bertahan kerana tidak terkena air.
2. Suntikan Ubat Pada Lantai Rumah
Suntikan hanya boleh dibuat selepas lantai simen ditebuk. Gunakan mesin gerudi lubang untuk membuat lubang. Kemudian gunakan alat penyuntik racun seperti injector untuk menyuntik ubat ke dalam lubang-lubang. Tutup semula lubang dengan simen setelah kerja-kerja tersebut selesai.
Berapa Lamakah Jangka Hayat Ubat Anai-Anai Ini Bertahan
Ketahanan mengikut jenis dan jenama. Ada yang boleh bertahan 4 hingga 5 tahun. Semua bergatung kepada harga dan jenama. Jika yang bagus dan tahan lama harganya agak mahal sikit.
Jika jenama yang biasa-biasa pun boleh bertahan selama 1 tahun. Semua bergantung pada bajet dan kemampuan. Kalau yang nak tahan lama kena keluar belanja lebih sikit.
Antara jenis dan jenama yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
1. Premise 200SC
Ini adalah ubat anai-anai yang sangat mahal. Namun keberkesanannya memang telah terbukti mampu menghalang anai-anai daripada menyerang semula. Jangka hayat ketahanan Premise 200 SC boleh bertahan sehingga 5 tahun keatas.
2. ZETDOR 18.3SC
Ini pula adalah ubat pencegahan anai-anai yang biasa. Harganya tak mahal sangat. ZETDOR 18.3SC mampu bertahan selama 1 hingga 2 tahun. Harga murah tapi tahap keberkesanannya juga mampu menghapuskan anai-anai termasuk yang berada didalam sarangnya.
Kedua-dua ubat ini memang sesuai untuk digunakan untuk rawatan tanah. Walaupun terdapat banyak jenis lain namun jenis ini pun sudah mampu menghalang anai-anai daripada membiak lagi.
Fungsi ubat ini ialah membunuh dan menghalang pembiakan anai-anai. Lebih selamat dan sangat berkesan untuk tempoh jangka masa panjang.
Adakah Ubat Anai-Anai ini Mengandungi Toksik Yang Merbahaya
Ubat ini adalah racun mahluk perosak sudah tentu mendatangkan bahaya jika ia termakan atau pun terminum. Namun ia bukanlah dari kategori yang sangat merbaya.
Ia telah didaftarkan dan telah diluluskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak. Dibahagian label botol mengandungi No Pendaftaran. Jadi tak perlu risau.
Cuma yang boleh mengendalikan bahan-bahan seperti adalah mereka yang memiliki lesen Pemakai Racun atau juruteknik kawalan serangga yang berpengalaman.
Pengendali bahan kimia diwajibkan memakai alat keselamatan seperti penutup muka, sarung tangan, alat perlindungan mata dan peralatan lain yang bersesuaian dengan tugas.
Baca lagi: 6 Cara Merawat Anai-Anai Tanpa Menggunakan Bahan Kimia
Pengendali Racun juga perlu mengutamakan keselamatan orang awam dan alam sekitar dalam mengendalikan bahan kimia supaya tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Adakah Ubat Anai-Anai ini Berbau Busuk
Memang terdapat banyak jenis-jenis ubat atau racun anai-anai. Tapi bukan semuanya sama. Memang ada yang berbau busuk dan ada juga yang tidak berbau.
Masing-masing mempunyai fungsi dan tindak balas yang berlainan. Cara gunanya juga berbeza. Sebagai contoh! Bahan kimia yang berbau busuk sangat sesuai untuk merawat kayu.
Sama ada kayu itu direndam dulu atau disembur. Ini bertujuan untuk membiarkan bahan kimia itu meresap kedalam kayu dan kayu itu boleh tahan dari diserang serangga perosak.
Biasanya perosak kayu adalah seperti kumbang, bubuk, anai-anai dan sebagainya. Jadi rawatan untuk kayu memang sesuai untuk ubat serangga yang berbau busuk.
Salah satu ubat anai-anai yang berbau busuk ialah Chemicide 75, Termifos 212, Termicide 38.7 PLASBON 250 dan banyak lagi.
Namun ubat anai-anai seperti ZETDOR 18.3 SC, Premise 200 SC, STUN 18.3 SC, Mattador dan sebagainya merupakan bahan kimia yang tidak berbau busuk.
Ubat jenis ni sesuai digunakan untuk membuat rawatan tanah ditapak rumah, ladang sawit, kebun durian dan boleh juga untuk sektor pertanian dan perladangan.
Bagaimana Cara Bancuh Ubat Anai-Anai?
Dalam rawatan pencegahan anai anai. Perkara paling penting ialah cara penggunaan racun itu sendiri. Cara bancuh ubat anai anai itu juga menjadi perkara paling utama.
Jika ubat atau racun itu rosak kerana tersalah guna dan tak tahu cara bancuh maka ia tidak memberikan kesan apa-apa kepada anai-anai. Malah ia boleh menambahkan masalah lain.
Maka jangan lakukan perkara ini jika tiada pengetahuan tentang racun. Ini boleh menyebabkan diri dan ahli keluarga sendiri dalam bahaya. Lebih-lebih lagi jika dirumah ada anak kecil.
Namun anda boleh melakukan sendiri jika perlu, tetapi bukan ubat yang mengandungi racun. Gunakan ubat anai-anai jenis organik yang tak perlu dibancuh dan boleh terus guna.
Walaupun ubat dari jenis organik tidak mampu hapuskan seluruh koloni tetapi ia masih mampu mengawal anai-anai untuk jangka masa tertentu.
Adakah Ubat Anai-Anai Jenis Organik Sesuai Untuk Rawatan Tanah.
Ubat organik tidak sesuai dalam rawatan tanah ditapak rumah. Ubat jenis organik hanya sesuai mengawal anai-anai dengan cara menyembur ke kawasan yang dijangkiti sahaja.
Untuk rawatan tapak bangunan memerlukan sehingga 400 Liter racun yang sudah dibancuh dengan sukatan tertentu. Itu pun untuk tapak bangunan yang kurang dari 1,800 kaki persegi.
Bahan kimia jenis racun ini perlu dibancuh didalam bekas atau tong besar sebelum ia digunakan dalam kerja-kerja rawatan. Biasanya tong yang sederhana besar boleh menampung 100 liter.
Itulah jumlah yang paling besar perlu digunakan untuk rawatan tanah. Jika menggunakan ubat organik ia memerlukan sehingga 400 botol jika kandungan 1 liter bagi setiap satu botol.
Katakanlah ubat organik 1 Liter harga RM16 untuk sebotol dikalikan dengan 400 jumlah mencecah RM6,400. Ini bermakna kos rawatan dengan ubat anai-anai jenis organik jauh lebih tinggi dan mahal.
Ia berbeza dengan ubat anai-anai jenis kimia atau racun serangga yang biasa digunakan oleh Syarikat Pest Control. Harga dan kos termasuk perkhidmatan jauh lebih murah.
Lagi pun ubat organik tidak sesuai digunakan dalam rawatan anai-anai. Tiada jaminan dan belum tentu berkesan jika ia digunakan dalam rawatan pencegahan ditapak rumah.
Ubat berasaskan bahan kimia yang digunakan oleh Pakar Pest Control ini termasuk dengan jaminan dalam tempoh tertentu dengan harga kos kurang dari RM5 untuk satu liter bagi bahan kimia biasa.
0 comments:
Catat Ulasan