Cara hapuskan anai-anai di rumah bukanlah satu perkara mudah, dan ianya juga tidaklah terlalu sukar.
Sedikit kemahiran atau pengalaman menghapus kan anai-anai didalam bidang Pest Control mungkin diperlukan.
Pest Control - Anai-Anai |
Bagi yang memiliki pengalaman dalam bidang pest control sudah tentu kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah boleh di lakukan sendiri.
Apa yang menjadi masalahnya ialah, tidak ada pengalaman dalam kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah sendiri.
Sedikit pengalaman dan tip yang akan saya kongsikan kepada anda, jika anda benar-benar ingin mencuba sendiri kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah anda
Sebelum kita mulakan kerja-kerja menghapus kan anai-anai, apa yang perlu kita buat, adalah pemeriksaan anai-anai. Lakukan pemeriksaan anai-anai di kabinet dapur, bingkai pintu dan sebagainya.
Aktiviti anai-anai dapat dikesan pada tempat-tempat yang gelap dan lembab. Baca tip mengesan anai-anai di rumah anda dan teruskan langkah berikutnya.
Langkah-Langkah Hapus kan Anai-Anai.
Baiklah saya akan tunjukkan kepada anda cara dan bagaimana anda boleh melakukan sendiri kerja-kerja menghapus kan anai-anai yang biasa dilakukan oleh seorang juruteknik pest control.
Teknik yang saya tunjukkan ini adalah kaedah dan langkah-langkah menghapus kan anai-anai berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa bekerja dengan sebuah syarikat pest control di Taman Impian Emas, Skudai Johor Bahru pada 13 tahun yang lalu.
Teknik pengurusan dan pencegahan anai-anai yang perlu kita lakukan ini merupakan kaedah rawatan tanah atau dipanggil Corrective Soil Treatment (CST). Kerja-kerja pencegahan anai-anai ini agak mencabar sedikit.
Dan anda perlu ada sedikit bakat dan pernah melakukan kerja-kerja berat serta pernah menggunakan peralatan seperti mesin-mesin gerudi untuk menebuk lubang.
Langkah pertama yang perlu anda tahu sebelum mula melakukan sendiri teknik pest control dan cara hapus kan anai-anai di rumah, beberapa peralatan khas terutamanya mesin gerudi lubang yang berkuasa tinggi dan hammer drill diperlukan.
Anda dikehendaki menebuk lubang pada lantai di tepi dinding dengan jarak dari dinding lebih kurang 4 inci dan jarak dari lubang ke lubang yang lain 18 inci sepanjang dinding. Kerja Kerja Pest Control - Anai-Anai
Kerja-kerja hapus kan anai-anai jenis ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 hari. Mula pada awal pagi dan berjaya di selesaikan pada petang hari. Kerja-kerja menghapus kan anai-anai ini amat rumit dilakukan.
Beberapa barang-barang berat di tepi dinding perlu dipindahkan bagi membolehkan kerja-kerja menebuk lubang dibahagikan tepi dinding dapat dilakukan.
Langkah kedua yang perlu anda lakukan sebelum kerja-kerja hapus kan anai-anai ialah bersihkan debu simen yang berada di sekeliling lubang. Anda boleh gunakan penyapu atau untuk mudah lagi gunakan mesin menyedut habuk jika ada. Setelah semua kerja-kerja kebersihan selesai ikuti langkah seterusnya.
Kawalan Serangga - Johor Bahru |
Step yang seterusnya ialah membancuh racun anai-anai ke dalam sebuah tong. Anda perlukan sebuah tong yang boleh mengisi air bersih sebanyak 100 liter. Kaedah hapus kan anai-anai seterusnya ialah bancuh kan racun anai-anai bersama-sama air bersih mengikut sukatan yang diperlukan.
Langkah yang berikutnya ialah menyuntik racun anai-anak ke dalam setiap lubang yang dibuat satu persatu. Suntikan racun anai-anai ke dalam lubang-lubang sebanyak 4 hingga 5 liter bagi setiap lubang. Untuk menyuntik racun anai-anai ada perlukan peralatan seperti mesin pam, getah paip dan alat menyuntik racun.
Kerja-kerja pest control |
Setelah semua selesai tutup semula lubang-lubang dengan simen sehingga selesai. Ini kaedah menghapus kan anai-anai yang biasa digunakan oleh syarikat pest control di malaysia.
Kawalan serangga anai-anai |
Anda perlukan khidmat Pest Control untuk menghapus kan anai-anai. Hubungi 016-7583483