Suntikan bahan kimia Premis Foam |
Kaedah menghapuskan anai-anai yang diperkenalkan biasanya adalah kaedah rawatan tanah. Selain dari kaedah rawatan tanah, terdapat juga kaedah memasang umpan anai-anai. Kaedah hapus anai-anai dengan memasang umpan dipanggil sistem pengumpanan anai-anai. Sistem pengumpanan anai-anai merupakan kaedah yang cukup simple.
Sistem pengumpanan anai-anai tidak memerlukan banyak peralatan dan kerjanya juga sangat mudah. Umpan anai-anai biasanya telah siap sedia dipasang dan tersedia dalam bentuk kotak. Ada juga umpan anai-anai yang perlu dibancuh sendiri dan dimasukan kedalam kotak khas. Walau bagaimanapun mesin penebuk dinding juga diperlukan bagi kotak-kotak umpan yang perlu dipasang atau dilekatkan dengan screw dibahagian dinding.
Pemutar screw juga diperlukan dalam kerja-kerja ini. Oleh kerana kos yang agak mahal jadi ramai yang tidak memilih kaedah sistem pengumpanan seperti ini.
Kita lihat tidaklah banyak peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja penghapus anai-anai dengan sistem pengumanan dan urusan pemasangannya juga mudah.
Kaedah tebuk lubang dengan hammer drill |
Tetapi ramai yang tidak berkemampuan mengeluarkan kos untuk rawatan pencegahan anai-anai yang agak tinggi seperti sistem pengumpanan anai-anai. Ia memerlukan bajet perbelanjaan yang agak besar jika premis yang terkena serangan anai-anai yang memerlukan banyak kotak umpan.
Ada yang bertanya, mengapa terlalu mahal. Di negara ini (Malaysia) kita tidak mempunyai teknologi membuat umpan anai-anai. Mungkin juga tidak ada pakar dalam bidang membuat dan membekal umpan anai-anai. Jadi pengusaha atau syarikat-syarikat pencegahan penghapus anai-anai akan mengimport bahan-bahan ini dari luar negara dengan kos yang agak tinggi.
Bancuhan racun anai-anai. |
Kaedah yang tidak terlalu mahal ialah rawatan General Pest Control. Kaedah rawatan jenis ini memerlukan pam racun dan racun serangga sahaja. Kita boleh memilih kaedah ini jika kita tidak mempunyai bajet yang cukup.
Rawatan dengan kaedah ini, iaitu cara rawatan General Pest Control juga adalah kaedah rawatan yang cukup simple. Kita hanya perlu buat semburan yang mengandungi racun serangga. Ia juga boleh digunakan untuk menghapus anai-anai. Ulangi semuala selepas 1 - hingga 2 bulan sekali. Perlu dilakukan berterusan jika kawasan itu serius dengan masalah anai-anai.
Selain dari rawatan penghapus anai-anai seperti yang disebutkan diatas terdapat juga kaedah rawatan pencegahan anai-anai kaedah Spot Treatment.
Suntikan racun anai-anai |
Kaedah rawatan ini dipanggil kaedah rawatan setempat. Kaedah rawatan penghapus anai-anai dari jenis ini memerlukan rawatan di kawasan yang terkena serangan anai-anai. Kita memerlukan peralatan seperti lampu suluh, pemutar screw, racun anai-anai dan alat perlindung dan peralatan keselamatan untung pengedali racun.
Pengalaman kerja juga diutamakan untuk menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti. Racun serbuk atau racun buih diperlukan untuk kerja-kerja pengcegahan anai-anai jenis rawatan setempat. Kita boleh memilih salah satu atau kedua-duanya sekali dengan mengikut kesesuai keadaan dan tempat. Kaedah pencegahan anai-anai seperti ini juga adalah kaedah rawatan penghapus anai-anai yang cukup simple.
Iklan Pest Control - Johor Bahru |