Fakta Ringkas Mengenai Anai-Anai
Read More

Servis Hapus Anai-Anai

Servis Racun Hapus Anai-Anai di Johor Bahru. Hubungi 016-7583483
Kawalan Anai-Anai di Setia Indah
Read More

Kawalan Anai-Anai Setia Indah

Perkhidmatan mengawal anai-anai di Taman Setia Indah. Hubungi 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Gelang Patah
Read More

Kawalan Anai-Anai Gelang Patah

Perkhidmatan mencegah anai-anai di Gelang Patanh. Whatsapp 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Taman Universiti
Read More

Kawalan Anai-Anai Taman Universiti

Servis kawal ani-anai di Taman Universiti. Whatsapp 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Johor Bahru
Read More

Kawalan Anai-Anai Johor Bahru

Servis Pest Control untuk Kawalan Anai-Anai di Johor Bahru. Hubungi 016-7583483 untuk sebarang pertanyaan

Tip Servis Kawalan Serangga Atau Khidmat Pest Control

Tidak ramai yang tahu, "cara memilih servis terbaik untuk khidmat Pest Control" bukan? Ini bermakna, bukan saja servis yang baik, cekap dan betul-betul memuaskan serta yang paling penting ialah berkesan.

Anda mengeluarkan kos rawatan kawalan serangga perosak yang mahal dengan hasil kerja yang tidak memuaskan atau tiada kesan langsung selepas rawatan kawalan anai-anai dijalankan. Setelah selesai membuat rawatan kawalan anai-anai masalah yang sama masih berulang. Info kali ini saya kongsikan sedikit tips bagaimana memilih perkhidmatan kawalan serangga yang betul-betul bagus dan terbaik.

Tip Servis Kawalan Serangga Atau Khidmat Pest Control

Baiklah, dalam post kali ini, saya berikan beberapa tip untuk anda memilih  Servis Kawalan Serangga yang manakah sesuai untuk anda. Apakah faedah-faedah yang akan anda dapat? Dan yang paling penting adakah perkhidmatan tersebut menggunakan teknik kawalan serangga yang betul.

Langkah 1. Tanya Dulu Sebelum Buat Apa-Apa Keputusan.

Sebelum mendapatkan Servis Kawalan Serangga, pastikan anda bertanyakan soalan-soalan, bagaimana rawatan kawalan serangga dilakukan? Jika rawatan untuk Anai-Anai, tanya apakah jenis rawatan yang sesuai bagi setiap rumah yang diserang anai-anai.

Langkah 2. Tiada Sebarang Caj Atau Bayaran Jika...

Jika anda didatangi oleh pegawai pemasaran yang cuba membantu anda, mereka akan cuba melakukan pemeriksaan dirumah anda. Pastikan tiada sebarang caj yang dibuat oleh pemeriksa atau pegawai pemeriksaan tersebut. Biasanya kos pemeriksaan adalah PERCUMA. Ingat ini adalah penting agar anda tidak tertipu dengan taktik kotor yang digunakan oleh segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan ini.

Langkah 3. Bandinkan Harga, Adakah Ia Berbaloi.

Anda juga perlu tahu kos yang dikenakan itu masuk akal atau tidak dengan servis yang akan ditawarkan bagi rawatan kawalan serangga perosak yang dilakukan. Ini mesti di ambil kira agar anda tidak keliru atau terpadaya dengan tipu muslihat oleh mereka yang mengambil peluang untuk menipu.

Kebanyakkan perkhidmatan yang menawarkan harga yang jauh lebih murah. Mengapa boleh jadi macam tu? Tentu ada sebabnya bukan? Jadi saya syorkan anda memilih harga yang sesuai dan servis terbaik untuk menyelesaikan masalah anda itu.

Anda perlu pertimbangkan sebaik-baiknya hal ini, pilihlah perkhidmatan kawalan serangga yang menawarkan harga yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paling penting ialah servis yang cekap, terbaik dan berkesan serta kos yang dikenakan berpatutan. Ini juga boleh dikategorikan servis perkhidmatan kawalan serangga yang terbaik.

Langkah 4. Jaminan Selepas Rawatan (Warranty)

Biasanya rawatan pemulihan tanah atau Corrective Soil Treatment (C.S.T) anda akan diberikan jaminan. Bukan jaminan pemulangan wang atau jaminan wang dikembalikan. Tetapi jaminan dalam bentuk servis tambahan percuma jika masalah sama berulang semula.

Itulah jaminan yang akan diberikan kepada mereka yang terlibat dengan rawatan C.S.T. Jaminan yang diberikan bukan untuk tempoh sebulan dua, tetapi selama 2 - 3 tahun dan ada sehingga 5 tahun dan ia bergantung dan tertakluk kepada bahan kimia (racun serangga) yang digunakan atau caj rawatan yang dikenakan.

Langkah 5. Kerja-Kerja Pemeriksaan Semula.

Bagi rumah yang pernah terlibat dengan masalah serangan anai-anai dan telahpun menjalankan rawatan C.S.T, anda akan diberikan jaminan. Anda akan memperolehi satu sijil jaminan dan didalam sijil tersebut mengandungi terma & syarat jaminan. Sila baca terma & syarat yang ditetapkan.

Didalam terma & syarat tersebut dinyatakan, kos rawatan percuma akan diberikan jika terdapat tanda-tanda aktiviti anai-anai baru yang aktif, dan ianya tertakluk didalan terma & syarat jaminan. Pemeriksaan semula akan dilakukan dan rawatan akan dijalankan pada tempat-tempat dimana terdapat serangan berlaku, tanpa melibatkan kos dan caj tambahan.

Langkah 6. Siapa Juruteknik Yang Melakukan Rawatan.

Selidik siapakah juruteknik yang akan menjalankan tugas-tugas tersebut. Adakah ia juruteknik baru atau juruteknik kawalan serangga yang berpengalaman.

Kebiasaannya syarikat kawalan serangga sentiasa menukarkan juruteknik lama kepada yang baru. Saya dapat perhatikan banyak iklan-iklan yang menawarkan jawatan kosong sebagai juruteknik kawalan serangga. mengapa jadi begitu? Tak perlu saya ceritakan disini.

Tapi ia juga amat penting kerana juruteknik yang akan melakukan tugas-tugas rawatan. Bayangkan apa akan jadi jika pekerja baru yang melakukan tugas-tugas rawatan. Tentunya anda tahu jawapannya bukan???

Baiklah, saya rasa 6 langkah ini sudah cukup untuk anda memilih syarikat yang sesuai atau dengan kata lain ialah pililah perkhidmatan yang memberikan servis yang cekap, terbaik dan berkesan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca artikel di blog ini. Jika anda ada soalan dan pertanyaan sila hubungi saya melalui email : termitecontrol99@yahoo.com.my. Atau anda boleh menghubungi terus ke talian: 016-758 3483 untuk pertanyaan selanjutnya...


Servis Pest Control

Servis Pest Control


Read More

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai Dengan Mudah

Ini adalah panduan untuk mengesan kehadiran anai-anai ataupun ulat kayu di dalam rumah anda. Beberapa tanda-tanda perlu diperhatikan agar anda dapat mengambil tindakan awal terhadap serangan perosak ini. 

Biasanya, tanah basah yang menjalar pada kabinet kayu, pintu, dan tingkap adalah petanda awal bahawa rumah anda mungkin diserang oleh makhluk perosak seperti anai-anai.

cara mengesan kehadiran anai-anai

Tanda-tanda kehadiran anai-anai

Dalam artikel ini, kita akan membahas cara-cara mengesan kehadiran anai-anai secara Do-It-Yourself (DIY). Anda dapat melihat tanda-tanda aneh pada kabinet dapur, bingkai pintu, tingkap, dan tempat lain di rumah. Jika terdapat tanah lumpur yang menjalar, ini mungkin menjadi tanda bahawa anai-anai telah mula beraktiviti di rumah anda.

Dalam artikel ini, kita akan membahas cara-cara mengesan kehadiran anai-anai secara Do-It-Yourself (DIY). Anda dapat melihat tanda-tanda aneh pada kabinet dapur, bingkai pintu, tingkap, dan tempat lain di rumah. Jika terdapat tanah lumpur yang menjalar, ini mungkin menjadi tanda bahawa anai-anai telah mula beraktiviti di rumah anda.

cara mengesan anai-anai

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk memeriksa sendiri dan cara mengesan kehadiran anai-anai:

  1. Gunakan pemutar skru untuk menikam bahagian tanah lumpur. Ini dapat membantu mengungkap aktiviti mencurigakan.
  2. Periksa juga tempat-tempat berdekatan dengan tanah lumpur. Jika terdapat kayu yang rosak atau reput, ini mungkin merupakan petunjuk lain kehadiran anai-anai.
  3. Untuk melacak aktiviti perosak kayu, anda hanya memerlukan pemutar skru dan lampu suluh. Aktiviti anai-anai biasanya dapat dikesan di kawasan yang lembap dan basah.

Jejaki Antiviti Anai-Anai Di Bilik Stor.

Tidak hanya itu, anai-anai juga cenderung menyerang bilik stor. Oleh itu, lakukan pemeriksaan berkala, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bilik stor yang menyimpan bahan-bahan seperti buku, kotak kertas, dan majalah lama menjadi sasaran utama anai-anai untuk membiak.

Tanda-Tanda Anai-Anai pada Lantai Kayu Di Depan Tandas

Lantai kayu, terutamanya di kawasan lembab seperti depan tandas, juga sering menjadi sasaran serangan perosak kayu. Periksa kayu-kayu lantai secara teratur, terutamanya di kawasan yang lembab dan basah.

Meskipun aktiviti anai-anai mungkin tidak terhad kepada lantai kayu, aktiviti ini juga boleh dikesan di bahagian tangga rumah, frame pintu, tingkap, kabinet dapur, kayu spin serta dikawasan gelap dan lembab. Untuk maklumat lanjut, boleh membaca artikel "Racun Anai-Anai Terbaik Untuk Rumah Anda."

Servis Percuma Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Jika anda memerlukan bantuan dalam pencegahan anai-anai, sila hubungi kami di talian 016-7583483. Kami sedia membantu menangani masalah serangga perosak untuk anda.



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com