Fakta Ringkas Mengenai Anai-Anai
Read More

Servis Hapus Anai-Anai

Servis Racun Hapus Anai-Anai di Johor Bahru. Hubungi 016-7583483
Kawalan Anai-Anai di Setia Indah
Read More

Kawalan Anai-Anai Setia Indah

Perkhidmatan mengawal anai-anai di Taman Setia Indah. Hubungi 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Gelang Patah
Read More

Kawalan Anai-Anai Gelang Patah

Perkhidmatan mencegah anai-anai di Gelang Patanh. Whatsapp 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Taman Universiti
Read More

Kawalan Anai-Anai Taman Universiti

Servis kawal ani-anai di Taman Universiti. Whatsapp 016-7583483 untuk pertanyaan
Kawalan Anai-Anai di Johor Bahru
Read More

Kawalan Anai-Anai Johor Bahru

Servis Pest Control untuk Kawalan Anai-Anai di Johor Bahru. Hubungi 016-7583483 untuk sebarang pertanyaan

Cara Hapuskan Anai-Anai di Rumah Sendiri.

Cara hapuskan anai-anai di rumah bukanlah satu perkara mudah, dan ianya juga tidaklah terlalu sukar.

Sedikit kemahiran atau pengalaman menghapus kan anai-anai didalam bidang Pest Control mungkin diperlukan.

Pest Control Anai-Anai - Johor Bahru

Pest Control - Anai-Anai

Bagi yang memiliki pengalaman dalam bidang pest control sudah tentu kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah boleh di lakukan sendiri.

Apa yang menjadi masalahnya ialah, tidak ada pengalaman dalam kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah sendiri.

Sedikit pengalaman dan tip yang akan saya kongsikan kepada anda, jika anda benar-benar ingin mencuba sendiri kerja-kerja menghapus kan anai-anai di rumah anda

Sebelum kita mulakan kerja-kerja menghapus kan anai-anai, apa yang perlu kita buat, adalah pemeriksaan anai-anai. Lakukan pemeriksaan anai-anai di kabinet dapur, bingkai pintu dan sebagainya.

Aktiviti anai-anai dapat dikesan pada tempat-tempat yang gelap dan lembab.  Baca tip mengesan anai-anai di rumah anda dan teruskan langkah berikutnya.

Langkah-Langkah Hapus kan Anai-Anai.

Baiklah saya akan tunjukkan kepada anda cara dan bagaimana anda boleh melakukan sendiri kerja-kerja menghapus kan anai-anai yang biasa dilakukan oleh seorang juruteknik pest control.

Teknik yang saya tunjukkan ini adalah kaedah dan langkah-langkah menghapus kan anai-anai berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa bekerja dengan sebuah syarikat pest control di Taman Impian Emas, Skudai Johor Bahru pada 13 tahun yang lalu.

Teknik pengurusan dan pencegahan anai-anai yang perlu kita lakukan ini merupakan kaedah rawatan tanah atau dipanggil Corrective Soil Treatment (CST). Kerja-kerja pencegahan anai-anai ini agak mencabar sedikit.

Dan anda perlu ada sedikit bakat dan pernah melakukan kerja-kerja berat serta pernah menggunakan peralatan seperti mesin-mesin gerudi untuk menebuk lubang.

Langkah pertama yang perlu anda tahu sebelum mula melakukan sendiri teknik pest control dan cara hapus kan anai-anai di rumah, beberapa peralatan khas terutamanya mesin gerudi lubang yang berkuasa tinggi dan hammer drill diperlukan.

Anda dikehendaki menebuk lubang pada lantai di tepi dinding dengan jarak dari dinding lebih kurang 4 inci dan jarak dari lubang ke lubang yang lain 18 inci sepanjang dinding.

Kerja Kerja Pest Control - Anai-Anai

Kerja-kerja hapus kan anai-anai jenis ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 hari. Mula pada awal pagi dan berjaya di selesaikan pada petang hari. Kerja-kerja menghapus kan anai-anai ini amat rumit dilakukan.

Beberapa barang-barang berat di tepi dinding perlu dipindahkan bagi membolehkan kerja-kerja menebuk lubang dibahagikan tepi dinding dapat dilakukan.

Langkah kedua yang perlu anda lakukan sebelum kerja-kerja hapus kan anai-anai ialah bersihkan debu simen yang berada di sekeliling lubang. Anda boleh gunakan penyapu atau untuk mudah lagi gunakan mesin menyedut habuk jika ada. Setelah semua kerja-kerja kebersihan selesai ikuti langkah seterusnya.

Kawalan Serangga - Johor Bahru

Kawalan Serangga - Johor Bahru

Step yang seterusnya ialah membancuh racun anai-anai ke dalam sebuah tong. Anda perlukan sebuah tong yang boleh mengisi air bersih sebanyak 100 liter. Kaedah hapus kan anai-anai seterusnya ialah bancuh kan racun anai-anai bersama-sama air bersih mengikut sukatan yang diperlukan.

Langkah yang berikutnya ialah menyuntik racun anai-anak ke dalam setiap lubang yang dibuat satu persatu. Suntikan racun anai-anai ke dalam lubang-lubang sebanyak 4 hingga 5 liter bagi setiap lubang. Untuk menyuntik racun anai-anai ada perlukan peralatan seperti mesin pam, getah paip dan alat menyuntik racun.


kerja-kerja-pest-control

Kerja-kerja pest control

Setelah semua selesai tutup semula lubang-lubang dengan simen sehingga selesai. Ini kaedah menghapus kan anai-anai yang biasa digunakan oleh syarikat pest control di malaysia.


Kawalan serangga anai-anai

Kawalan serangga anai-anai

Anda perlukan khidmat Pest Control untuk menghapus kan anai-anai. Hubungi 016-7583483


Read More

Sebab Utama Cicak Memilih Kediaman Anda

Cicak adalah salah satu makhluk perosak yang tidak merbahaya tetapi membawa masalah kepada manusia. Biasanya cicak boleh ditemui di dinding-dinding atau dibawah atap rumah. 

Pada waktu malam cicak boleh ditemui di sekitar lampu didalam atau diluar rumah. Cicak menangkap serangga yang terbaik dan tertarik kepada cahaya di sekitar lampu sebagai sumber makanannya. 

Gambaran Cicak Rumah - Johor Bahru

Cicak Rumah

Di waktu siang, cicak memilih tempat yang gelap sebagai tempat persembunyian yang selamat. Oleh kerana cicak suka meninggal kan najis di merata-rata tempat, menjadikan orang ramai rasa kurang selesa. Sebab-Sebab Cicak Memilih Rumah Anda.

Sebab-Sebab Cicak Memilih Rumah Anda

Salah satu sebab mengapa cicak memilih tinggal didalam rumah kediaman kita ialah terdapat sumber makanan yang mudah diperolehi. Cicak menjadikan serangga terbang sebagai makanan utamanya.

Rumah-rumah yang dipenuhi serangga seperti lalat, nyamuk, lipas, kupu-kupu dan semua jenis serangga terbang, menjadikan sebab mengapa cicak suka tinggal bersama-sama anda dengan selesa.

Cicak Makan Lipas - Johor Bahru

Selain itu juga, semut dan anai-anai dewasa yang biasanya dipanggil kelkatu juga menjadi makanan kegemaran cicak. Cicak akan terus tinggal dan membiak dengan selesa di rumah kediaman anda kerana terdapat banyak sumber makanan.

Cara menghindari Pembiakan Cicak.

Terdapat banyak cara untuk kawal cicak dari terus membiak didalam rumah kediaman kita. Salah satu cara yang paling mudah adalah menghapus kan semua sumber makanannya. Hapus kan semua jenis serangga yang ada didalam dan diluar rumah.

Anda boleh mengupah Pest Control untuk menghapus kan serangga perosak atau memilih melakukan sendiri kerja-kerja pencegahan serangga perosak di rumah anda.

Perangkap Cicak - Johor Bahru

Sekiranya anda memilih untuk melakukan sendiri saya sarankan anda mengunakan perangkap lekat seperti gam untuk menangkap cicak. Pasangan perangkap gam berserta umpan dan letak kan di lokasi cicak ditemui.

Cicak yang terperangkap akan melekat pada perangkap gam. Buang perangkap gam dan pasang kan yang baru dan seterusnya sehingga anda berjaya menghapus kan kesemua cicak.

Iklan Pest Control - Johor Bahru

Iklan Pest Control


Jika anda kurang faham atau gagal, jangan buang masa. Hubungi syarikat pest control yang berhampiran dengan tempat tinggal untuk dapatkan perkhidmatan pencegahan serangga perosak. Di Johor Bahru, Johor terdapat banyak syarikat pest control yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah perosak seperti cicak.

Read More

Beberapa Kaedah Berkesan Menghapuskan Pijat

Ada beberapa cara dan kaedah berkesan untuk menghapuskan pepijat dibilik-bilik tidur dirumah anda. Kaedah dan cara kawal pijat ini boleh dilakukan sendiri berpandukan panduan-panduan dan bahan-bahan yang diperlukan.

Kaedah dan cara hapuskan pepijat ini diambil dari petua-petua lama yang digunakan oleh orang-orang dahulu kala. Orang-orang dahulu kala mengunakan beberapa bahan-bahan tradisional sebagai cara menghapuskan serangga pepijat yang menyerang tempat tidur mereka.

Info kali ini akan mendedahkan beberapa kaedah berkesan untuk menghapuskan serangga perosak seperti pepijat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serangan pepijat dirumah anda:

1.    Kapur barus – Ambil sedikit kapur barus yang telah dihancurkan dan taburkan pada tempat-tempat pijat bersembunyi. Biasanya pijat akan bersembunyi ditempat-tempat yang berkedut atau dicelah-celah sudut tilam dan bantal.

2.    Kulit limau – Kulit limau nipis juga boleh digunakan untuk menghalau pepijat yang dikesan ditilam-tilam atau dibilik tidur dirumah. Letakkan kulit limau yang telah dikupas dibawah dan diatas tilam dan biarkan dalam beberapa hari sehingga kulit limau itu kering.

3.    Daun serai – Tumbuk daun serai sehingga mengeluarkan baunya dan letakkan dibawah dan diatas tilam. Jika perlu letakkan disetiap penjuru bilik dan biarkan dalam masa beberapa hari sehingga bau serai hilang.

4.    Pokok durian belanda – Ambil daun dan ranting durian belanda dan letakkan dibawah dan diatas tilam. Letakkan kulit-kulit durian belanda dibawah katil selama beberapa hari.

Itu adalah sebahagian petua-petua tradisional yang digunakan oleh orang-orang terdahulu untuk menghapuskan pepijat katil. Namun terdapat banyak lagi cara-cara dan kaedah yang boleh menghapuskan pepijat dirumah.

Samada ia berkesan atau pun tidak saya juga tidak pasti. Tapi apa yang penting kaedah menghapuskan pepijat ini boleh digunakan jika tiada cara lain.

Berdasarkan pada pengalaman yang ada pepijat ini agak sukar dihapuskan jika ia telah membiak dan beranak pinak. Untuk dalam keadaan sementara waktu kita boleh jadikan jalan penyelesaian bagi menghapuskan pepijat dirumah dengan kaedah petua tradisional ini.

Dapatkan perkhidmatan professional hapuskan pijat

Pemeriksaan serangga pijat
Pemeriksaan pijat

Jika kurang yakin dengan petua-petua menghapuskan pepijat seperti yang diterangkan diatas atau bagi anda yang telah berusaha mencuba kaedah yang diguna pakai oleh orang-orang terdahulu tetapi masih belum membantu menyesaikan masalah anda, hubungilah perkhidmatan profesional yang berhampiran dikawasan anda. 

Serahkan semua masalah anda kepada perkhidmatan profesioanal untuk membantu anda menghapuskan serangga pepijat. Perkhidmatan professional adalah terdiri dari pakar-pakar kawalan makhlok perosak atau dikenali sebagai Pest Control yang memiliki kepakaran dalam kerja-kerja kawalan serangga perosak.


Di Malaysia terdapat banyak syarikat Pest Control yang berpengalaman dan memiliki kepakaran dalam bidang pencegahan serangga perosak. Mereka terdiri dari golongan professional yang dapat membantu menyelesaikan masalah ancaman serangga perosak.

Mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan kaedah-kaedah tertentu dan berkesan mengikut perkembangan teknologi sekarang. Bagi anda yang buntu dengan masalah ancaman serangga perosak tidak perlu memikir semua masalah terutamanya masalah ancaman pepijat ditempat tidur.

Khidmat hapuskan pijat diskudai, Johor Bahru

Khidmat hapuskan pijat diskudai, Johor Bahru.

Hubungi 016-7583483 untuk bantuan perkhidmatan pencegahan serangga perosak.

Read More

Tips Untuk Mengesan Anai-Anai Di Rumah Anda!

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita lihat sebelum mengesan kehadiran anai-anai didalam rumah sendiri.

Dari perkara yang perlu kita pastikan ialah lokasi serangan. Dimana dan bagaimana serta keadaannya. Serangan anai-anai boleh berlaku dimana-mana secara senyap.

Mengikut dari pengalaman saya sendiri, anai-anai akan mula menyerang dibahagian yang lembab terutamanya dibahagian yang berhampiran dengan kawasan tandas atau bilik air.

Bilik tidur yang bersebelahan dengan bilik air atau tandas sering terdedah kepada ancaman anai-anai. Selain dari tempat-tempat itu juga kawasan dapur rumah juga terdedah dengan masalah ancaman anai-anai.

Pada bahagian ini pula kabinet dapur menjadi sasaran utama terhadap serangan anai-anai kerana kebiasaan kabinet dapur dibuat daripada bahan-bahan berasaskan kayu.

Kita dapat mengesan dimana terdapat punca air akan menjadi tempat kesukaan anai-anai. Kebiasaanya dapat dikesan dibawah singki dikabinet dapur.

Kerosakan Penyokong Kayu Lantai - JB Pest Control

Kerosakan Penyokong Kayu Lantai


Periksa juga dibilik stor yang ada menyimpan bahan-bahan majalah, buku-buku dan kotak.

Bilik stor yang gelap dan sejuk juga terdedah dengan serangan anai-anai. Lebih malang lagi bilik-bilik stor yang terletak dibawah tangga.

Biasanya rumah 2 tingkat mempunyai tangga yang dipasang dengan kayu pakir. Dibawah tangga ada sebuah bilik stor atau tempat simpan barang-barang lama. Bahagian ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Kawasan dan Taman-Taman yang sering diserang Anai-Anai.

Disekitar Johor Bahru kawasan yang sering berlaku serangan anai-anai adalah dirumah taman. Kebanyakan taman-taman perumahan yang baru atau lama tidak terlepas dari sebarang serangan anai-anai. Lebih malang lagi taman-taman perumahan baru juga mengalami masalah ancaman anai-anai yang serius.

Pest Control Skudai

Pest Control Skudai

Saya ingin mengingatkan bagi penduduk-penduduk yang tinggal di taman-taman seperti ditaman sri skudai, mutiara rini, pulai perdana, taman teratai, taman seri pulai, bandar baru kanggar pulai, pulai utama, taman universiti, taman ungku tun aminah, bukit gemilang, lima kedai, skudai baru, bukit indah, taman tan sri yaacob, skudai indah, pulai flora, bandar pulai jaya,pulai emas, pulai indah, taman pulai saujana, setia eco gardens, nusa idaman, taman nusantara, taman nusa sentral, nusa indah, bukit indah 2, taman baiduri, taman d’utama,, taman sutera, taman perling, tampoi utama, taman bukit kempas, taman impian emas, desa skudai dan semua disekitarnya adalah tempat-tempat yang sering berlaku serangan anai-anai.

Peralatan khas yang diperlukan untuk mengesan Anai-Anai.

Anda hanya perlu lampu suluh dan pemutar skru kecil sahaja untuk kerja-kerja mengesan anai-anai dirumah. Tidak perlu sebarang peralatan tambahan. Anda hanya perlu mencari lokasi yang disebutkan tadi untuk mengesan aktiviti anai-anai.

Periksa beberapa kali sehingga anda menemui anai-anai aktif. Sekiranya anda telah menemui anai-anai aktif, anda perlu biarkan sahaja jangan disentuh dan diganggu.

Hubungi syarikat Kawalan Serangga atau Pest Control yang berhampiran ditempat anda untuk sebarang bantuan. Minta syarikat Pest Control datang kerumah untuk membuat pemeriksaan percuma.

Pest Control Johor Bahru

Pest Control Johor Bahru

Di Johor Bahru terdapat banyak syarikat Pest Control yang berpengalaman yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang berkaitan serangga perosak terutamanya anai-anai. Minta nasihat dari syarikat Pest Control untuk selesaikan masalah anai-anai yang menyerang rumah kediaman anda dengan segera.

Beberapa Cara Mengawal Anai-Anai dirumah.

Ada beberapa kaedah dan cara mengawal dan menghapuskan anai-anai. Diantaranya adalah kaedah dan teknik mengawal dan menghapuskan anai-anai dengan mengunakan bahan kimia khas.

Kaedah dan cara yang biasa digunakan memerlukan beberapa peralatan khas seperti mesin gerudi lantai dan mesin pam bertekanan serta alat suntikan bahan kimia. Pada bahagian lantai perlu ditebuk bersebelahan dinding dengan jarak 6 inci diantara dinding dan 18 inci diantara lubang ke satu lubang yang lain.

Bancuh Racun Anai-Anai

Bahan kimia yang siap dibancuh akan disuntik pada setiap lubang yang dibuat sebanyak 4 hingga 5 literbagi setiap lubang. Lubang-lubang akan ditutup semula dengan simen mengikut warna yang sesuai dengan permukaan lantai.

Semburan bahan kimia akan dibuat kesemua bahagian dan kawasan didalam rumah. Makanan dan minuman perlu disimpan pada tempat yang tertutup dan selamat semasa kerja-kerja semburan dijalankan bagi mengelakan terkena bahan kimia.

Bahan kimia yang digunakan adalah rendah toksik dan diluluskan oleh kementerian sahaja digunakan untuk rawatan pencegahan anai-anai.
Untuk mendapatkan khidmat dan nasihat secara percuma sila hubungi (Asmid) 016-7583483 atau pemeriksaan percuma untuk anai-anai di sekitar Johor Bahru.



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook RSS Feed Email Pinterest

Ikuti Kami

Pest Control (JB) Johor

Pest Control (JB) Johor
Pest Control (JB) Johor

Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control

Scan Me


QRCode

Hubungi Kami

Hubungi Kami
Ada pertayaan. Hubungi kami disini

Sarang Anai-Anai di Dinding: Apa yang Perlu di Lakukan?

Sarang anai-anai didinding boleh menjadi punca kebimbangan bagi pemilik rumah , menandakan potensi penyerangan dan kerosakan kepada struktur...

Jumlah Paparan Halaman

ShinyStat

Blog Archive

Blogroll

Pest Control Johor

Contact Us: 016-7583483

Blogroll

Blogroll

Copyright © Kawalan Serangga Perosak & Racun Anai-Anai Pest Control | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com